12days dah puase, penuh ke tak ? atau puase YOK_YOK budak2 kate.. HOH, bulan puase tahun ni panas terik.. Alhamdulillah, Tuhan beri kekuatan untuk teruskan dugaan ini dalam bualan puasa.. Lagipun, Allah takkan beri dugaan kepada manusia lebih dari kemampuan mereka :) Chill bebeh, Allah sentiasa terbaik utk umatnya..
Back to the topic.. Nini ade cite. Haritu Nini temankan umy pegi bank. Bile sampai je, park kete kat depan sebuah kedai ni. Nini tataw lah ape name kedai tu. Tapi kedai tu ade jual buah dari tanah suci dan herba2 (herba ke? tataw lah.. heee) macam kurma, tin, habatul sauda n so on.. Kalau nak tahu pegy lah sane. Nini suke tengok kedai dia, bersih, lapang, susunan yang kemas.. Memang peaceful lah masuk kedai tu hikhikhik. Then, tengok punye tengok, belek punye belek, tilik punye tilik.. Ade tnampak satu buah ni, Buah peberet Nini.. BUAH TINN ! Ouhhh best lah buah tuu.. makan time bbuka.. Makan kurma sbijik, tin sbijik.. dag kenyang sikit.. tambah pulak makan nasi sikit.. Wahhhh, dapat diet yg sihat.. Makan sikit dah kenyang :D
Tahu tak Buah Tin ni ade khasiat dia. Bukan khasiat je, boleh jadikan ubat segala penyakit. Allah Maha Besar ! sebijik buah yang kecil je ade banyak khasiat.. Bukan buah tin je yg dapat menjadi buat bg sesuatu penyanyi.. tapi... Buah yang takde biji tu boleh jadi ubat jugakn tau. Haaa Nini pon baru tau..
SURAH AT-TIN
Demi buah tiin dan zaitun, (1) Dan gunung Tursina, (2) Serta negeri (Mekah) yang aman ini; (3) Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (4) Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, (5) Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus. (6) (Jika demikian kekuasaanKu), maka apa pula yang menjadikan engkau seorang pendusta, (berkata tidak benar) mengenai hari pembalasan, sesudah (ternyata dalil-dalil yang membuktikan kekuasaanKu mengadakan hari pembalasan) itu? (7) Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? / (8)
surah At-Tin (surah ke 95 dalam Al-Quran) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya?
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda “Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”
Khasiat Buah Tin :-
Khasiat Buah Tin :-
~menyingkirkan keracunan (toksin),
~mencairkan tekak,
~mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada
~membersihkan hati (kidney) dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus
~menyembuhkan pesakit buasir
~melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan
~menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan
~mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.
Buah2 dari tanah suci ni banyak khasiat nya :)
Cancincauuuu.. Selamat Mencuba :)
Assalamualaikum :)
oh itu khasiatnyer...btw...miss A follow you dear...hope follow me back
ReplyDeletedone follow u miss A
ReplyDelete