Blogger Templates

Real Friend Drama

Assalamualaikum :)

Perkara yang banyak saingan adalah kawan. Banyak lakonan. Banyak drama. Sampaikan penat nak pilih mana satu pelakon utama. Mana satu yang sahih. Kita yang perlu pandai memilih. Yang mana pelakon utama yg terbaik. Kekadang, di depan mata hanya boleh berlakon di fizikal. Tetapi tidak di hati. Saingan dlm persahabatan adalah hati. Sukar untuk kita tawan. Susah kita nak jumpa. Pelakon yang bagaimana dia berlakon di hati begitu jugak dia berlakon di fizikal nya. 

Yakni. Kita berkawan susah kita nak pilih, nk observe, yang mana org yg berkawan dgn kita di zahirkan seikhlas di hati. 1000org kawan kita. Sorang sahaja yang akan menzahirkan diri nya. Tapi dlm 1000org itu. Bagaimana kita nk mencari sorang itu. -.-" bagaimana membeli barang. Bijak memilih. 

Kepada kawan kalau-kalau ada yang macam ni:


Aku harap. Apa yang aku ada sekarang adalah pelakon yang menzahirkan fizikalnya seikhlas dengan hati. Bagaimana ikhlasnya hati mereka dlm persahabatan begitulah luarannya ketika bersama aku. Apapun yang mereka lakukan. Yang aku ketahui dan tk aku ketahui. Sesungguhnya kawan. Aku sudah maafkan. Aku mintak maaf kalau yang terkrang. Dan aku halalkan yang terlebih. Biar Allah sahaja yang membalas jasa baik buruk kalian. Aku siapa nak menilai membalas baik buruk budi orang. Terima kasih untuk semua.



Tips :: Make-up

Assalamualaikum :)

Just have a few minutes to do a new entry. Wohooo.. Baru update new background song :) Mcam comel jeeerrr Tiffany Alvord ni.. Heerr heerrr.. Since dah terbuka blog untuk tukar beckground baru ni, so ambil masa 5 minit untuk buat coretan ini ( macam lebih 5 minit).. Okay ! whatever lah lebih 5 minit ke tak. So,this entry all about women... WOMEN.. WOMEN ! Yesss, sesapa yang suka make-up, yang suka calit-calit sikit muka tu, yang nak comel macam Kak Ton, macam KakTon, I have some tips for u untuk penjagaan alat solek. Sesapa para gadis, mak-mak yang tak berapa nak make-up macam mak andam buat, hanya calit sikit2 macam NA ni.. calit eyeliner, calit, lipsgloss, blusher situ sini JERR pun kene ikut jugak penjagaan ni.. Kene amek tahu jugak serba sidikit penjagaan ni. Kalau silap koner je, silap langkah, rosak muka.. Haaa dah tak jadi cantik macam Shila Amzah, Neelofa..

1.....2....3.... ZAAPPPPP !


Amik gambar guna camera 3310 touch screen :D Metro 11 November 2013

Last but not least, konklusinya :-
1.  Jangan guna alat solek yang dah lapuk dek hujan, lekang dek panas.
2.  Jangan guna yang dah bertukar warna, berbau.
3.  tempat2 alat solat; eg- bekas,bed etc  tu kene bersih bersih.. nanti ada bacteria kuman-kuman
4. Sume yang JANGAN-JANGAN tu kene BUANG terus lah jawab nya..

GTG girls, nak stidosssss. exam just 1month more.. heeww heeeww ! Wish me luck. Dalam doa kalian niat bia aku dapat Dean List.. Hmmm Aminn.. Kalau dapat memang korang terbaik ahh.. terima kasih tak terhingga. Sayang korang!

Lots Love :) NAA !
HAI LOVE. ASSALAMUALAIKUM !

Long time no writing writing, conteng conteng kat entri. Well, don't have interesting story. But, now I feel like to calit2 sikit in my blog. And cuz I miss uolss ! Aaauuuww ! Tak ada story mory yang menarik, lawok. Hmmm ape yang terbaru ni Nini dah dalam alam semester 3, and dah jadi Second Year USM T.T lerhhh macam tua pulak. Hiksss.. 1year to go to finish my study, Menitik nitik peluh ni haa nak habiskan study. 

Apa lagi cerita terbaru ? Hmmm junior? Yes dah ada junior. Tapi tak tahu siapa. Takde yang bertanya nama I kat FB group tu then I pun tanak orang tag-tag ni. Biaq p depa cari sdiri lah direct senior depa.. Heee.. Bukan nak buli, malas nak penuhkan notification je ni haa... Tapi I dok tunggu jugak my direct junior ni haa.. tunggu nak bagi buku ni.. Buku penuih stau kotak, malaih cheq nak ngemas nya.. Bagi je gedebuk satu kotak.. Lalalala.. Memang orang macam I malas nak mengemas. Nasib baik lah sem ni dapat Roomnate yang pengemas. ade lah sikit rasa nak tegang je cadar ni. Jeles tempat dia kemes.. HIhihiihihi...

Ape lagi ye, sssssss tu je la kot cita I kali ni.. One more, sebab semua malaih nak p turun cafe, melantak pizza je.. Nahhh jemput makan semuanga. Tu pun kalau ada lagi.. Kalau takde mintak pizza deliver yang lain je lah.. Nothing to say.. Lots Love Gaiss !



Nini :D

Kahwin Muda - Part 3

Hallo Holla. Assalamualaikum.. Agak berbulan-buan tak melawat blog. So manyak manyak kerja ma.. Now, I'm free. just finished final exam, also end of Academic Session 2012/2013.. Sooo, back to last last entry, sambungan dia ni la naa.. Nini pun Copy Paste je.. But I'm inbterested to this story. One of an experience. Then, kite bace sesama ya :) Have fun guys ^^ Selamat Menyambut bulan Syaaban. Nisfu Syaaban pun tak lama dahhh :D

"Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. 

Jadi, mengapa berkahwin? 

Kalau ikut kata mak ayah, “Nak bagi bini makan apa? Pasir?” 

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami ‘declare’, untuk bersedia untuk berkahwin.

Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain.

Kecewa…? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri.

Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang.

Pada mulanya, saya ingat sekadar ‘cinta rebound’, tetapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin.

Pada mulanya, saya ingat satu gurauan.

Akhirnya si dia berani menghubungi ayah saya dan minta izin untuk berkahwin kerana takut kehilangan saya lagi.

Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian.

Ayah saya bersetuju memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali.

Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda.

Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K.

Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki?

Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi.

Hantaran, majlis, belum baju, pelamin.

Tapi cuba fikir, perlu tidak?

Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada?

Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan.

Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang.

Bagaimana pula hukumnya mempamerkan diri (bab aurat dan sebagainya) di hadapan khalayak ramai tatkala bersanding?

Fikir2kan lah sendiri...

“Seganlah. Nanti orang kata apa.”

“Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran.”

Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama.

Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah.

Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500.

Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar?

Harga lampin pakai buang?

Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting?

Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.

Pening!!

Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram.

Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dahulu.

Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal.

Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri.

Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama.

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda.

Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta.

Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri.

Buat apa menyusahkan suami?

Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan yang cemerlang.

Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya.

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda.

Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda.

Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa.

Berkahwinlah!

Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia.

“Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH SAYANG dan BELAS KASIHAN.” (Surah Ar-Rum, 21)
"

Kahwin Muda #Part 2

Assalamualaikum Anak Cucu Adam :)

Haiyaaa, agak lambat lag Part 2 ni. Well, banyak program lah, sampai study pon ke laut. Tapi nasib abik laut dekat ja, laut kat sekitar Pulau Pinang ni jaaa... Btw post ni sambungan daripada Kahwin Muda #Part 1. Pasal kahwin awal ni memang kegilaan remaja sekarang, termasuk empunya blog ni.. (ekekeke. malu takot family tahu) Heeee. tapi alhamdulillah la kalau sesapa nak kawin muda tu. Sebab dah buat Syaitonnn menangis. Tapi aku nak kawin pun takdak calon lagi naaaa... Dalam Quran ada ayat yang bermaksud, Lelaki  baik untuk perempuan yang baik, dan cetu lah sebalik nya. Tapi aku ni tak berapa baik. Bukan jahat, tapi tak sempurna. Tapi nak jugak lah lelaki baik kann kannn... Kaum Hawa ni nak yg lelaki baik yg dapat membimbing dia naa.. Tapi... ( alahaiii... banyak tapian dia noo) tapiiiii. Orang cakap Kalau nak Saidita Ali, jadilah Fatimahnya dahulu. Means, kalau nak lelaki yang bauik, cuba la pbetulkan diri, berhijrah ke arah kebaikan naa.. PEHE (FAHAM) !

Nini dapat ayat2 ceni dari beberapa novel macam Perempuan Lindungan Kaabah, Suami Aku Ustaz, Suami aku Encik Perfect10. Sesiapa yang ingin kan perubahan, tak perlu drastik sangat. Salah satu caranya bace novel ilmiah ceni. Alhamdulillah, writer of this post pon tengah berjinak2 dengan novel sebegitu. Pelan-pelan la bace sebab tanak ganggu masa study. Errmmm, dah rasa umo ni meningkat baru rasa nak berubah sikit sikit ^^ heee... tapi Alhamdulillah dapat support dr family, n BFF (aka boipren, bestpren) hee *malu*.. Diorang pun ada jugak beri bantuan dalam cara pakaian. BFF tu pun kalau kami g shopping, dia suggest baju yg latest trend tapi menutup kesemuanya...

Grrrrrr maaf maaf tersalah tajuk. tapi tu lahh.. Nak cakap, kalau sapa ingin kan perubaha, tulah caranya. tak perlu nak drastik. Perlahan2 dan mohon petunjukNya. Hokayyyy, back to normal title. KAHWIN MUDA Nini ada terbaca satu cerita ni. Waallahualam la betul ke tak. Tapi Nini tertarik jugak lah cara perkahwinan mereka. Cukup ROMANTIS, COMEL, BERKESERDEHANAAN.  Nini copy dari Kitabulwajjah, pesbukk laaa org kita cakap.

Jemput baca naaaa :)



Kahwin Muda-PART 1

Assalamualaikum

*Habuk keluar ikot lappy* Lama sangat tak touch up blog ==' adehhh... Hai guys. Bertemu kembali. Huh, terasa kepenatan *mengeluh*. Terasa baki mengantuk tu. But have fun lah. Alhamdulillah Selesai jugak Program Majlis Kenduri Sekampung yg diadakan oleh Majlis Desasiswa (MPD) Tekun bersama MPD Saujana dan Restu. Bekerjasama ngan diorang ni agak mendeborkan. Kot kot la kan keje kita tak berkualiti. But, Alhamdulillah again, all is well. Malas nak cakap banyak. Straight to da point, no corner corner ^__^

Nahh, ni dia banner pihak Tekun buat.. VC nsemm disituu ^^

Majlis Kenduri Sekampung ni berkonsepkan perkahwinan kaum di Malaysia, Melayu, Cina dan India. Kami punya Perkahwinan Melayu, siap ada pelamin lagi la you. heeee. Thanx kat AJK dari Saujana. You are so AWESOME !

 Booth kami. Ehh. ada mak pulak kat situ ==

Me with Farhana Aisyah. errrkk. ok ignorekan background. kbaii *malu*

Pengantin 1Malaysia




Rombongan mak jemah dah nak balik rumah da. K babaiiii kawannn.. Ehhh Ehhh lupa pasal tajuk. 
get to go lah. nak study. memandangkan hari dah suntuk ^^

Tajuk ceramah Majlis ini "KAHWIN MUDA. BAHAGIA ATAU DERITA"

To Be Continue.......