Blogger Templates

Muslim dan Kejayaan

Assalamualaikum...

Tiada apa  yang seronok untuk entri kali ini, tetapi mungkin perlu berkongsi tetang pengalaman dan pemerhatian dari orang ramai. Memang Mel suka kongsi cerita, Marah, suka, duka, benci, gembira dan segala bagai mix feeling, I will express in this blog. Tapi yang privacy ni takde laa nk share ye dakk? Dan untuk entri kali ni Mel suka berkongsi cara, pengalaman dan usaha Mel kepada kawan senasib dan seangkatan yang berkenaan yang rasa macam 'Eh, Aku pun rasa macam ni jugak!', 'Lahaiii, ada chemistry pulak kita..','Hhmm, macam mana nak jadi macam dia ek' atau pun 'Ok jugak dia ni, tapi takpe la cuba ikut pendapat dia' dan macam-macam lah kalau korang fikir 'Ok kot nak baca entri ni, So so la kot dia ni' just go on bace entri ni. Tapi kalau ade macam ' Eh lantak diaa aa nak tulis kisah ape pun dalam blog ni', Lantak aku aaa nak baca entri ni'. Mel tak kisah pun (He he he !!) Bla bla bla blaaa. Ape aku merepek neiiiii.. deyyyyy!

Muslim dan Kejayaan!
Orang Islam dan Kejayaan berpisah tiada. Kejayaan Dunia dan Kejayaan Akhirat. Kejayaan Dunia kita boleh nampak. Kejayaan Akhirat? Kita tak tahu Kejayaan di akhirat nanti apa yang kita dapat. Ramai orang kejar kejayaan yang zahir sampaikan kejayaan yang tetap nanti, iaitu Kejayaan Akhirat, tercicir di tengah jalan. Cara untuk mengejar kejayaan dunia dan akhirat tiada bezanya. Usaha dan Amal. Keduanya tidak boleh dipisahkan. Usaha tetapi tiada amal ibadat tidak berguna. Amal ibadat tiada usaha bagaikan  pasir di awangan (Metafora sangattt! hiksss). Tetapi bila seiringnya USAHA DAN AMAL IBADAT. In Sya Allah, kita sedia untuk tawakkal. Berserah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Penyayang. ustaz, ustazah, mak ayah, pakcik makcik, atok nenek moyang, selalu pesan, Sesiapa yang mengabdikan diri kepadaNya, pasti ada ganjarannya.



Bagi students yang macam Mel, Amal ibadat tu penting. Tengok mak-mak diorang ni pesan. Suka iolss tengok mak mak diorang. Kembar agaknya yeee mak diorng ni ha ha ha . Yeeee! Setuju dengan mak diorang,


"Orang yang solat pasti BERJAYA!!"

Tak dinafikan. Ni memang betul. Meh Mel nak cerita sikit tentang seseorang ni. We call her D lahh.. D ni pernah buat ,macam kajian laa. Kajian kecik-kecik je. Masa dia kat matrikulasi dulu, dia terfikir apa akan jadi,apa kita dapat dan apa beza jika solat fardhu dengan iringan solat sunat dan membaca Al-Quran dengan solat fardu sahaja.

Kisah Pertama :-

Apabila tiba musim Peperiksaan Pertengahan atau Midsem Exam (tak sure lahh panggil apa. Lupa!), Si D ni start kajian dia dengan usaha yang sederhana. Iaitu dengan menunaikan solat Fardhu seperti biasa, cukup dan tak pernah miss. Sepanjang exam tu, dia hanya menunaikan solat dan berdoa pun bila rasa nak berdoa.

Kisah Kedua:-

Dan selepas Midterm Exam tu, dia mula berusaha untuk menghadapi Final Exam. Usaha dengan cara menunaikan solat fardhu seperti biasa, berdoa dengn ikhlas setiap kali solat, dan tambahan dengan menunaikan solat sunat seperti solat hajat, solat dhuha dan sebagainya. Usaha ini berterusan bukan sahaja bila tamat final exam, tetapi sehingga menunggu hari keluarnya keputusan peperiksaan.

Korang rasa ada perbezaan tak dengan Kisah Pertama dan Kidah Kedua?

Memang pada zahirnya kita tak nampak ganjaran yang Allah bagi. Rezeki datang dengan pelbagai cara; pahala, duit, anak, keputusan exam straight As etc. Tetapi apabila Usaha dan Amal Ibadat berjalan seiring, pasti di situ ada kejayaan untuk kita. Balik kepada dua kisah tadi, memang ada perbezaan antara kedua-dua kisah tadi.

Perbezaannya dalam aspek keputusan peperiksaan. Si D mendapat keputusan berjaya jugak, tetapi dengan pertengahan (maknanya so so je lakan. CGPA around 2.8-3.2). Tetapi bila tibanya keputusan Final exam, Alhamdulillah, dengan berkat doa dan usaha yang ikhlas D dah dapat capai matlamat dia untuk pegang Dean List. Flyin Colors jugak keputusan dia walaupun tak dapat 4flat. Bermula dari situ, Dia nekad untuk berusaha mencapai cita-cita dan ikut jejak kakak-kakak dan abang-abang dia.


'SUCCESS COMES WITH HARD WORK!' Zaman sekolah dulu-dulu, Teacher Mel selalu ingatkan benda ni. Quote ni teacher Mel siap print bagi kat semua students dia dan tampal kat buku. Mungkin ada yang cakap "Alah, Si Ali tu tak asyik tido je dalam kelas dapat berjaya jugak, paling kurang dapat B je. A pun banyak jugak" - mungkin depan korang je Ali ni tido dalam kelas, main-main dalam kelas, asyik kacau awek dalam kelas, tetapi bila si luar kelas korang bersama Ali tak? takkan la ali study, solat bagai nak report kat korang kan kan.- Tetapi da jugak yang pertikaikan, kenapa yang jarang-jarang solat pun berjaya jugak Mel? tak aci la macam ni. Astaghfirullahalazimmm.. Kejayaan tu rezeki Allah, Dia berhak nak beri rezeki tu kepada sesiapa sahaja. Tetapi kita sendiri perlu ingat jangan lalai, berusaha mengejar redha Allah. Biar seimbang dunia dan akhirat.


Jom kita sesama berdoa :)


" Ya Allah, perihalalah diriku, Bersihkanlah jiwaku, hatiku, akalku, fikiranku, mindaku, mataku dari segala kekotoran. Kau permudahkanlah segala urusan aku serta sahabatku dalam menuntut ilmuMu ya Allahh."

Amin....

Wasalam.

No comments:

Post a Comment