Haii Haiii long time not updating maa.. Mesti rindu kan kan kan (agak koya) *Haruslahh :) Sangat lama Nini tak update diari ni, skang pon baru abes orientasi. Memang best sangat orientasi kat sini, 1st week dah wat perangai macam senior kan.. Skip program orientasi! Heee.. Sesape malas orientasi tuh meh bguru ngan nini.. Part yang best nye bila Pertandingan Cheers antara Desasiswa USM. Wahhh, so awesome ! Sampai takde suara, sampai nak terkeluar anak tekak. dan sampai sesampai sampainya lahh.. USM BESTTT WOW !
Ni diaaa gamba Cheer Leaders of Saujana :)
Dari kiri : Nana (my rummie), Ami n Nini
Satu je la cukup kan heee.. Kita ni dah salah topik ni :D Actually Nini nak cerita sesuatu ni.. Oohhh cerita SERONOk wehh.. hikhik *overtauuu ! Bukan cerita tp mimpi.. Bukan mimpi Nini tapi mimpi marka Nini. Marka ? ehh tatau eh marka tu apa ? Marka tu Aweks, Balak, Boyprenggg, Tunang dan sewaktu dengannya.. Tu orang utara punya ayat. Awat ? Ouhh, sebab Nini skang ni dah bertukar taraf, dah jadi orang Penang dah ni. Negeri Mamak orang kata.
Berbalik pasal mimpi tadi, Baqi (marka nini) mimpi :- cani dialog nya
Abah : Bila baqi nak masuk minang ? (abah nini tau ni)
Baqi : ( dengan perasaan gemuruh, tergagap macam burung gagak) Lepas study kot abah :)
Abah : Lambat lagi la kalau camtu. Kalau boleh abah nak sekarang ! (kita bold sikit. HAAH)
Baqi : $%^&* (terkedu ! takterkata) ~__~
~~~ The End ~~~
Haaa, seronok la kalau betol2 kan. Tapi, kalau lah kami ni ade jodoh, kami dah plan sume dah ni. hikhikhik. Terkejut kan kan ! Kami plan, bila Baqi abes diploma, kami akan tunang :) kira2 2014 nanti. Then dia nak further in Degree, lepas degree, kami kawin lah dalam 2016 gitu.. (Amboiii GATAI naaa) Jap Jap ! *Tu pon kalau abang2 kakak2 kami sume dah kawin. Kalau diorang tak kawin lagi, kami terus la study tanpa status tunang, bila dah kawin sume, kami trus la plan kami :D Terus further study study study sampai lah kami berstatus PROFESOR MADYA ! (cita2 kami sama tau, hang jgn main2 tau)
Eehhh dah over bercerita.. Hishhh, dah tak suprise la kan >.< Sshhhhhh ! senyapp, nanti our bros n sis dapat tahu t malu tau tau ! Tapi kami selalu doakan jodoh n kejayaan kami ! :)
Ya Allah Ya Tuhan Kami !
Bukakanlah pintu hati kami, pintu akal kami,pintu fikiran kami, mata kami untuk menimba ilmu di alam universiti ini
untuk mencapai cita-cita kami. Untuk membahagiakan hati kedua ibu bapa kami
Sesungguhnya, tak terbalas budi mereka terhadap kami melainkan kejayaan yang akan kami kecapi !
Kau jadikanlah kami anak yang soleh dan solehah, anak yang berbakti kpd kedua orang tua kami.
Kami memohon kau ampunilah dosa2 mereka, Kau kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani kami semenjak kami kecik.
Ya Allah !
Jika ini ketentuan kami, kau panjangkanlah jodoh kami Ya Allah.Kau jauhkanlah kami dari perbuatan yang lagha dan kemungkaran.
Kau dekatkanlah kami kepada agamMu ini.
AMIN YA ROBBAL ALAMIN :')
Wasalam :)
No comments:
Post a Comment